Monday 27 July 2015

8 tips hebat ajari anak urus duit sedari kecil

Mudahnya ajari anak bijak urus duit.

Saya percaya dalam keadaan ekonomi negara kita yang tidak menentu kini, tentu kita ada rasa kebimbangan tentang nasib anak-anak kita apabila mereka dewasa kelak. Jika mereka tidak dididik sedari kecil tentang urus duit. Pastinya, mereka akan gagal menguruskan kewangan mereka apabila dewasa kelak. Akibatnya, mereka akan rasa amat perit dan terbeban dengan hutang dan keadaan kewangan mereka.

Kenalkan anak-anak akan kepentingan hidup bersederhana, membeli barangan keperluan dan bukan kehendak, menggunapakai barangan yang masih elok, dan berkreatif dalam menambah pendapatan . Pendek kata, mendidik anak menguruskan duit sedari kecil adalah panduan bermakna yang akan memberi anak pengalaman sebenar yang boleh diaplikasikan apabila dewasa kelak.  

Wah! nampaknya cita-cita terlalu tinggi.Bolehkah anak-anak kecil faham akan kepentingan pengurusan kewangan diatas? Mampukah kita membantu anak-anak untuk faham akan kepentingan nilai wang? Mampu atau tidak bergantung pada kesungguhan anda sebagai guru pertama yang mendidik anak supaya sedar akan kepentingan urus duit dengan bijak.

Anda boleh lakukan tips hebat ini seawalnya dan bergantung kepada kematangan anak-anak. Pepatah melayu mengatakan" Melentur buluh biar dari rebungnya'. Usaha membantu anak faham akan nilai wang dan urus duit bakal memberi pengalaman dan panduan bermakna yang akan membantu mereka apabila dewasa kelak.

Tip Hebat Urus Duit 1
Satu tabung satu anak
Pastikan setiap anak ada tabung simpanan masing-masing. Walaupun anak baru berusia seawal 3  atau 4 tahun dan mereka tidak memerlukan wang belanja ke taska atau  tadika kerana makanan anak-anak telah disediakan. Anda masih boleh memberi wang belanja sebanyak RM 0.50 sen  - RM1 setiap hari kepada mereka untuk mereka masukkan ke dalam tabung sebelum ke taska atau tadika.

Tindakan ini akan diikuti secara rutin dan akhirnya menjadi tabiat kekal sehingga mereka melangkah ke sekolah rendah dan seterusnya.

Tip Hebat Urus Duit 2
Satu rumah satu tabung sedekah
Tidak rugi bagi mereka yang suka bersedekah.Amalan bersedekah mampu membantu melipatgandakan rezeki dan memberi kesedaran bermakna kepada anak-anak untuk hidup bersederhana dan suka memberi. Ingat! Keajaiban bersedekah telah dijanjikan Allah SWT.

Ajari anak untuk bersedekah dengan permulaan nilai yang kecil iaitu sebanyak  RM0.10 setiap hari. Bergantung pada jumlah wang saku yang anda berikan kepada anak-anak. Jika banyak wang saku yang diberi, ajari anak untuk tingkatkan nilai sedekahnya. Ingat!' The More You Give, The More You Get'.

Tip Hebat Urus Duit 3
Sertai ekomoni keluarga
Jika anda benar-benar mahu anak faham tentang nilai wang dan berbelanja secara berhemah. Anda perlu izinkan anak-anak untuk turut serta dalam perancangan ekomoni keluarga. Lucu bila difikirkan tetapi teknik ini mampu memberi maklumat kepada anak-anak tentang barang-barang keperluan seperti  keperluan diri, makanan, bil-bil yang perlu dibayar dan sebagainya. Caranya, anda sediakan beberapa sampul surat dan tulis/ lukis gambar barang keperluan. Contohnya: sampul makanan adalah duit untuk duit barangan dapur, sampul gambar rumah adalah duit untuk bayar api, air, internet dan sebagainya, sampul kereta untuk bayar kereta, perjalanan dan sebagainya.

Beri anak-anak lihat bagaimana anda meletakkan duit di dalam sampul-sampul tersebut dan terbaik adalah tunjukkan kepada anak-anak baki yang ada dan anda boleh pesan kepada anak-anak untuk berjimat cermat dan bersederhana. Walaupun anak masih kecil dan anda rasa mereka tidak faham apa-apa. Mereka adalah pemerhati yang bijak dan setiap perkongsian anda akan kekal tersimpan dalam minda mereka.

Tip Hebat Urus Duit 4
Jom membeli belah bersama-sama
Rancang masa yang sesuai untuk membeli belah bersama anak-anak. Ini bukan sahaja merapatkan hubungan kasih sayang tetapi juga memberi mereka ilmu dan panduan untuk membeli belah barang-barang keperluan yang penting. Berikan mereka tanggungjawab untuk mencari barang keperluan bersama-sama anda. Biarkan mereka mengambil sendiri barang tersebut (pastikan barang yang mudah dicapai) . Jika anak telah tahu mengira nilai wang, anda boleh minta anak membuat pembayaran di kaunter.

Terbaik adalah minta anak bayar untuk 1 – 2 barang dahulu. Selepas itu, boleh dinaikkan jumlah apabila anak semakin pandai mengira dan memahami nilai wang.

Jika anda punyai anak usia remaja atau dewasa,  berikan senarai barangan dan minta mereka bantu anda membeli barang keperluan dengan jumlah wang yang disediakan. Ini membantu mereka merancang dan memilih barang yang perlu.

Tip Hebat Urus Duit 5
Buku akaun saya
Buka akaun simpanan untuk anak-anak. Bawa anak-anak ketika membuka akaun dan biar mereka bawa tabung dan sampul-sampul raya yang masih berisi wang untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan mereka. 

Pamirkan buku akaun di dalam bilik mereka. Masukkan ke dalam fail poket yang lutsinar dan gantung di dalam bilik mereka. Izinkan mereka menyimpan wang ke dalam akaun bank mereka setiap bulan walaupun simpanan yang sedikit. Ini akan meningkat fokus, motivasi dan tabiat menyimpan yang baik sedari kecil. 

Tip Hebat Urus Duit 6
Tabung Belanja
Jika anak anda ada kehendak selain yang disediakan seperti anak anda ingin membeli buku cerita, permainan baru, hadiah untuk ibu atau ayah atau makanan kesukaannya. Anda boleh mulakan sampul tabung belanja. Anak boleh masukkan 20%  dari jumlah wang saku anak ke dalam sampul ini. Setiap bulan anak boleh membeli barang keperluan yang anak mahu dengan menggunakan simpanannya sendiri. 

Jika wang simpanan bulanannya tidak cukup. Anda boleh meminta anak meneruskan simpanan sehingga cukup. Anda tidak perlu menambah jumlah yang tidak cukup. Ajar anak untuk letak target menyimpan bagi mendapatkan barang yang diingini. 

Sediakan carta berkotak yang mudah  untuk anak faham sama ada wang yang disimpan cukup atau tidak. Ini memudahkan anak faham bahawa wangnya cukup atau tidak untuk membeli barang yang diingini. 


Tip Hebat Urus Duit 7
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan
Tidak mengapa jika anak masih tidak pandai menguruskan wangnya. Tidak mengapa jika anak agak lambat faham bagaimana urus wang, dan tidak mengapa juga jika anak membuat kesilapan dalam menguruskan wangnya. Kesilapan adalah guru terbaik untuk anak belajar tentang nilai wang selain merancang dan membuat pilihan. Berikan tunjukajar dengan penuh kasih sayang ,  bersabar dan istiqamah dalam meneruskan aktiviti urus wang dengan bijak. 

Anda pasti akan tersenyum melihat anak anda semakin positif dalam mengurus wangnya. 

Tip Hebat Urus Duit 8
Ajari anak berkreatif dalam menambah pendapatan
Suasana biasa yang anda pernah lihat adalah anak-anak orang cina biasanya membantu ahli keluarganya berniaga. Mereka telah didedahkan seawalnya untuk berdepan dengan pelanggan, melihat bagaimana urus niaga dijalankan dan sebagainya. Jika anda seorang peniaga atau usahawan, bawalah anak selalu ke kedai atau libatkan anak-anak seawalnya dalam aktiviti berniaga. Setiap jam bantuan mereka akan dibayar gaji. Wang gaji tersebut akan diberikan setiap bulan. Wang ini juga akan dimasukkan ke dalam tabungan simpanan dan belanja mereka. 

Jika anda bukan peniaga atau usahawan tetapi anda punyai hobi yang kreatif. Anda boleh usahakan hobi tersebut bersama anak-anak dan setiap kali berjaya menyempurnakan hobi tersebut. Anda boleh membayar sedikit habuan wang kepada anak-anak sebagai hadiah motivasi membantu anda menyelesaikan hobi kreatif anda. 

Selain itu, anda boleh membeli barang-barang murah dari kilang. Contoh barangan murah dan berguna di pasar borong dan cuba minta anak-anak menjual 2 -3 barang dahulu di sekolah. Aktiviti ini bukan untuk menjana pendapatan tetapi untuk memberi pengalaman berharga kepada anak-anak. Contoh paling mudah adalah: Menjual kekacang atau kerepek yang dibungkus dalam pek-pek kecil, menjual pen atau pensel cantik, menjual stickers dan sebagainya. 

Jika anak anda sukar menjual di sekolah. Anda boleh rancang satu aktiviti menjual. Rancang bersama anak-anak dan dapatkan pengalaman berniaga secara kecil-kecilan. Usaha anda yang bersungguh-sungguh akan menjadi pengalaman berharga yang terindah kepada anak-anak walaupun agak mencabar dan memenatkan. 

Sepastinya, usaha anda dalam memberi pengalaman berharga kepada anak-anak, meningkatkan kesedaran dan menjadikan sikap urus duit dengan bijak sedari kecil tidak akan sia-sia. Hasilnya, anak anda akan lebih memahami situasi kewangan keluarga, mereka lebih bijak urus duit sendiri dan punyai sikap yang positif.

Semoga tips diatas membantu anda dan anak-anak. Salam sayang ~ Teacher Mona 2015~

Seronoknya membeli belah bersama anak-anak



10 TIPS HEBAT MEMBELI BELAH BERSAMA ANAK-ANAK. 

Acara membeli belah biasanya tidak melibatkan anak-anak. Membeli barangan rumah lebih selesa dan cepat tanpa anak kecil yang perlu dijaga dan diperhatikan keselamatannya. Ada juga yang sukar dibawa ke kedai kerana kebarangkalian mengamuk dan meminta-minta akan berlaku. Oleh itu, anak biasanya tidak dibawa bersama terutama ketika membeli belah di pasaraya yang sibuk.

Walau bagaimanapun, keseronokkan membeli belah secara praktikal yang dilalui oleh anak-anak adalah amat bermakna. Proses ini akan menjadi satu pengajaran dan pembelajaran yang akan diingati sehingga dewasa.

Anda boleh lakukan aktiviti membeli belah yang bermakna bersama –sama sebulan sekali atau setahun dua hingga tiga kali. Rancang waktu anda dan bersedia dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku.

Usah bimbang jika aktiviti membeli belah yang dirancang tidak berjaya. Cuba lagi dan perkemaskan rancangan anda. Percaya pada niat dan kebaikan yang akan anak-anak peroleh melalui acara ini.

Tahniah diucapkan kepada ibubapa yang mudah membawa anak membeli belah bersama-sama. Apa yang boleh anda lakukan adalah pelbagaikan aktiviti yang menarik dan bermakna sewaku membeli belah bersama-sama.

Acara membeli belah ini boleh bermula seawal usia. Umur anak yang sesuai adalah dalam lingkungan 4 - 6 tahun.  Jika anda mahu anak-anak membeli belah secara praktikal dimana mereka membayar sendiri baramgan yang dipilihnya. Anda perlu biasakan anak-anak membayar barangan mereka sendiri di kedai kecil yang tidak sibuk. Limitkan barangan dari satu hingga dua item dahulu. Tingkatkan setelah anak-anak faham nilai wang dan boleh membaca senarai barangan.

Tips membeli belah bersama anak-anak.
1. Berikan list barang yang ingin dibeli.
Pastikan list barang dalam 5 - 8 items.  Mudah didapati dan diambil oleh anak-anak.

2. Beri anak sejumlah wang untuk membeli belah. Beri anak-anak wang kertas yang pelbagai. Cth: RM1, RM5, RM10 dan duit syiling.

3. Izinkan anak-anak melakukan acara membeli belah sendiri. Biar mereka mencari barang yang ingin dibeli, mengambil sendiri dan meletakkannya di dalam bakul sendiri.

4. Terangkan kepada anak-anak cara membaca label dengan mudah, seperti label halal dan sebagainya.

5. Ajari anak-anak memilih barangan @ makanan yang berkhasiat dan halal.

6. Perkenalkan kepada anak-anak jenis sayur-sayuran dan buah-buahan. Beri mereka masa untuk meneroka makanan dengan menggunakan deria. Anda boleh setkan penerokaan mengikut tema dan hanya terhad kepada 5 jenis buah-buahan@ sayur-sayuran (bergantung pada masa yang ada)

7. Ajari anak adab-adab dan doa ketika masuk ke pasar.

8. Pesan kepada anak-anak keselamatan ketika membeli belah.

9. Terbaik adalah minta anak-anak membawa beg kitar semula.  

10. Anda boleh ajak anak membeli belah dengan tabungan mereka - ajari mereka nilai tanggungjawab sedari kecil. Mereka boleh membeli barangan dengan tujuan sedekah, membeli barangan dapur untuk ibu atau membeli barang keperluan diri sendiri.

Gambar : Aktiviti membeli anak-anak Tadika Cerdas Minda Bukit Damansara bersama guru-guru.



Friday 3 July 2015

Bantu Anak Cepat Membaca!



PAKEJ LENGKAP CEPAT BACA

(Khas untuk Ibu Bapa Yang Sayangkan Anak Sahaja)

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat.
Saya tahu, anda yang sedang membaca blog ini mesti prihatin tentang anak, bukan? 

Tapi, sejauh manakah anda betul-betul fikirkan tentang masa depan mereka? Saya malas nak cerita panjang...

Kita cerita tentang PENDIDIKAN ANAK ANDA! Semua orang tahu, zaman sekarang ni walau hantar anak ke Taska atau Tadika mahal pun belum tentu anak pandai membaca, mengira, dan yang paling sedih mengaji pun belum tentu. Anda setuju, bukan? 

Walaupun dah buat pelbagai cara, berhabis sana sini, tapi anak masih macam tu jugak. Ada tak sahabat saya yang mengalami perkara di bawah?
                                                     
                                       
Hantar anak ke tadika swasta yang mahal... masukkan anak ke kelas tambahan lagi. Beli buku itu,buku ini yang dijanjikan pasti anak boleh membaca! Akhirnya, duit banyak berabis, anak macam tu jugak. 



Keputusan pencapaian anak makin menurun!  Kawan-kawan ramai dah pandai membaca. Anak semakin malu dan tak bersemangat nak ke sekolah. Anak tidak berminat langsung belajar. Pening kepala di buatnya!

Niat suci nak bantu anak belajar membaca di rumah. Tapi tak tahu nak ajar anak macam mana. Kaedah mana yang perlu digunakan? Buntu!

Inilah yang sering dialami oleh ramai Ibu Bapa sekarang. Semakin risau memikirkan masa depan anak. Tetapi.....


Adakah anda akan:

     Marahkan diri sendiri kerana tak mampu nak  
         ajar anak  
   
      Terus berputus asa dengan anak anda. Nak 
          buat macam mana, dah nasib... 
  
      Serahkan 'sepenuhnya' tanggungjawab pada     
          cikgu?  

       Marah, berleter, dan labelkan anak anda  
          bodoh? 

       Upah je orang yang konon2 terer mengajar  
           anak anda?


Jangan, jangan, jangan cari pasal!
Anak adalah amanah, TANGGUNGJAWAB ANDA ADALAH BERAT!

NAK TAK KALAU SAYA TUNJUKKAN ANDA PAKEJ LENGKAP CEPAT BACA DALAM MASA 3 BULAN YANG TERBUKTI BERKESAN MEMBANTU ANAK ANDA?

Saya nak kongsikan 1001 kelebihan dan keistimewaan Pakej Lengkap Cepat Baca. Mesti ada yang tertanya, "Apa dia Pakej Lengkap Cepat Baca ni?". Kalau semua nak tahu, Pakej Cepat Baca ini di rumus khas untuk Pembelajaran Komprehensif 100% BERPUSAT DI RUMAH. 


Saya berpegang pada hadith "Al-Ummu Awwal Madrasah". Ertinya Ibu adalah madrasah pertama anak-anak. Kalau bukan Ibu sendiri yang mengajar, siapa lagi bukan?

Pakej Lengkap ini mempunyai 5 Modul Khas Teknik Berkesan Cepat Baca:




 Modul 1
Pengenalan bunyi dan bentuk huruf vokal dan konsonan menggunakan kata kunci, tunjuk ajar, menggunakan kad imbasan pengukuhan & pengkayaan

   Modul 2
Gabungan suku kata terbuka (KV)
Gabungan suku kata tertutup (KVK)

  Modul 3
Pengenalan Diagraf menggunakan kata kunci.

 Modul 4
Pengenalan Diftong menggunakan kata kunci. 

 Modul 5
Pengenalan vokal berganding menggunakan kata kunci.


Tunggu! Apa lagi yang ada dalam Pakej Cepat Baca?

3 Buku teks - Kaedah Fonemik
8 Buku Bacaan Bertahap - Kaedah Fonemik
6 Buku Aktiviti - Latihan Menulis
3 DVD animation - Belajar Sambil Bernyanyi
1 DVD interaktif
1 CD Audio
1 Flash Card
1 Panduan untuk ibu bapa - Panduan langkah demi 
langkah

8 SEBAB ANDA ‘WAJIB’ BELIKAN PAKEJ LENGKAP
CEPAT BACA UNTUK ANAK KESAYANGAN ANDA
===========================================================

[]  Menjimatkan wang anda dari menghantar anak ke kelas tuisyen di luar. Ajar sendiri di 
        rumah lebih  jimat.

[] Pelaburan wang yang sangat-sangat berbaloi. Pakej yang boleh di gunakan hingga 7 Generasi.

[]  Membantu memupuk minat membaca anak kesayangan sejak kecil lagi. Pandai dan lancar membaca bahasa Melayu seawal 3 tahun.

[Membantu anak anda menyebut suku kata, perkataan,dan ayat dalam bahasa Melayu dengan sebutan  atau intonasi yang betul.

[]  Meningkatkan IQ, daya ingatan dan minda anak kesayangan anda sebelum melangkah ke alam persekolahan yang lebih mencabar. In Sha Allah boleh jadi pelajar pintar di dalam kelas.

[] Anak anda dapat belajar dengan santai dan menyeronokkan di rumah. Ianya mudah dan senang  digunakan. 

[] Silibus yang sistematik dan memudahkan pembelajaran awal anak anda seawal usia 3 tahun.Paparan helaian buku-buku berwarna-warni yang semestinya disukai oleh kanak-kanak. Proses pembelajaran menjadi lebih seronok.

[]Kaedah pembelajaran menggunakan konsep fonetik bunyi yang terbukti secara saintifik mampu meningkatkan IQ & minda kanak-kanak.



 TUNGGU! Anda juga akan dapat:

Seminar ‘Teknik Berkesan Cepat Membaca’ (Bernilai RM 180)

Consultation PERCUMA 100% (Bernilai RM 150)

Slot Memahami Perbezaan Anak Lelaki & Perempuan (Bernilai RM300)! 

E-BOOK PERCUMA RAHSIA ANAK GENIUS SOLEH (Bernilai RM 120).

BERMINAT? BERAPAKAH HARGANYA?

BUKAN RM1,000
BUKAN RM800
BUKAN RM500


Harga satu pakej Lengkap Cepat Baca adalah RM490 sahaja seunit.

HARGA HEBAT LUAR BIASA RM 490
(TERMASUK POSTAGE + BONUS). 
UNTUK 50 IBUBAPA YANG SERIUS SAHAJA!!!Berminat? 

 
PM saya di FB Monalisa Chong atau Whatsapp saya 019- 6414108. Selagi ada stok.                                          FAST ACTION, FAST RESULT!

Perkongsian Produk hebat: Teacher Mona 2015