Friday 3 July 2015

Permainan Bahasa Cepat Membaca


Perkongsian kali ini adalah permainan bahasa kreatif untuk kanak-kanak cepat membaca 

 
Gambar hiasan


Kemahiran pertama dan utama dalam bahasa yang perlu kanak-kanak kuasai adalah kemahiran mendengar. Kemahiran ini membantu kanak-kanak mengecam bunyi, nama-nama benda dan kosa kata baru yang akan dipelajari.

Semakin banyak kanak-kanak mendengar semakin banyak ruang dan peluang untuk kanak-kanak memahami sesuatu. Dan apabila kanak-kanak dibenarkan mencuba menggunakan kosa kata yang dipelajari, pelajaran itu menjadi menarik, berkesan dan bermakna untuk kanak-kanak

Permainan                              :  Bunyi apa yang hilang?

Kelebihan permainan           :  
                    
                                              1.    Kanak-kanak boleh mengecam bunyi yang dipelajari
                                              2.    Kanak-kanak boleh meneka bunyi yang ditentukan
                                              3.    Kanak-kanak boleh mengecam bunyi awalan perkataan
                                              4.    Kanak-kanak boleh meningkatkan daya ingatan dan fokus

Bahan                                  : Objek-objek yang ditentukan, dulang,kain hitam/ beg kain.


Cara bermain                    :
  • Letakkan objek-objek yang ditentukan di dalam dulang
  • Jika anda mahu memperkenalkan objek yang bermula dengan bunyi /b/, letakkan objek seperti buku, bola, bentuk bulat, belon,bakul dan baju.
  •  Minta kanak-kanak melihat objek-objek tersebut dalam masa 2 minit sambil menyebut nama-nama objek tersebut berulang-ulang.
  • Tutup dulang tersebut dengan kain hitam/ masukkan objek ke dalam beg kain tanpa kanak-kanak melihat. (Minta kanak-kanak menutup mata)
  • Sembunyikan salah satu objek dan buka kembali kain hitam tersebut/ keluarkan objek dari beg kain.
  • Minta kanak-kanak teka objek apa yang hilang?
  • Jika kanak-kanak boleh menekanya, minta kanak-kanak meneka bunyi awalan objek tersebut. 

Nota Penting: 

1. Anda boleh mulakan permainan dengan meletakkan 3 hingga 4 objek dalam satu masa. Apabila kanak-kanak telah mula menguasai permainan, anda boleh menambah objek.

2. Sebelum memulakan permainan, pastikan kanak-kanak telah membelajari bunyi awalan yang dipelajari. 

3. Boleh gantikan objek dengan kad imbasan bunyi-bunyi tunggal 

4.  Beri kanak-kanak hadiah galakan seperti boleh memegang objek yang berjaya 
   diteka/sticker/ tepukan motivasi kepada yang berjaya.


 Sayang Teacher Mona Julai 2015
  












No comments:

Post a Comment