Monday 27 July 2015

Seronoknya membeli belah bersama anak-anak



10 TIPS HEBAT MEMBELI BELAH BERSAMA ANAK-ANAK. 

Acara membeli belah biasanya tidak melibatkan anak-anak. Membeli barangan rumah lebih selesa dan cepat tanpa anak kecil yang perlu dijaga dan diperhatikan keselamatannya. Ada juga yang sukar dibawa ke kedai kerana kebarangkalian mengamuk dan meminta-minta akan berlaku. Oleh itu, anak biasanya tidak dibawa bersama terutama ketika membeli belah di pasaraya yang sibuk.

Walau bagaimanapun, keseronokkan membeli belah secara praktikal yang dilalui oleh anak-anak adalah amat bermakna. Proses ini akan menjadi satu pengajaran dan pembelajaran yang akan diingati sehingga dewasa.

Anda boleh lakukan aktiviti membeli belah yang bermakna bersama –sama sebulan sekali atau setahun dua hingga tiga kali. Rancang waktu anda dan bersedia dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku.

Usah bimbang jika aktiviti membeli belah yang dirancang tidak berjaya. Cuba lagi dan perkemaskan rancangan anda. Percaya pada niat dan kebaikan yang akan anak-anak peroleh melalui acara ini.

Tahniah diucapkan kepada ibubapa yang mudah membawa anak membeli belah bersama-sama. Apa yang boleh anda lakukan adalah pelbagaikan aktiviti yang menarik dan bermakna sewaku membeli belah bersama-sama.

Acara membeli belah ini boleh bermula seawal usia. Umur anak yang sesuai adalah dalam lingkungan 4 - 6 tahun.  Jika anda mahu anak-anak membeli belah secara praktikal dimana mereka membayar sendiri baramgan yang dipilihnya. Anda perlu biasakan anak-anak membayar barangan mereka sendiri di kedai kecil yang tidak sibuk. Limitkan barangan dari satu hingga dua item dahulu. Tingkatkan setelah anak-anak faham nilai wang dan boleh membaca senarai barangan.

Tips membeli belah bersama anak-anak.
1. Berikan list barang yang ingin dibeli.
Pastikan list barang dalam 5 - 8 items.  Mudah didapati dan diambil oleh anak-anak.

2. Beri anak sejumlah wang untuk membeli belah. Beri anak-anak wang kertas yang pelbagai. Cth: RM1, RM5, RM10 dan duit syiling.

3. Izinkan anak-anak melakukan acara membeli belah sendiri. Biar mereka mencari barang yang ingin dibeli, mengambil sendiri dan meletakkannya di dalam bakul sendiri.

4. Terangkan kepada anak-anak cara membaca label dengan mudah, seperti label halal dan sebagainya.

5. Ajari anak-anak memilih barangan @ makanan yang berkhasiat dan halal.

6. Perkenalkan kepada anak-anak jenis sayur-sayuran dan buah-buahan. Beri mereka masa untuk meneroka makanan dengan menggunakan deria. Anda boleh setkan penerokaan mengikut tema dan hanya terhad kepada 5 jenis buah-buahan@ sayur-sayuran (bergantung pada masa yang ada)

7. Ajari anak adab-adab dan doa ketika masuk ke pasar.

8. Pesan kepada anak-anak keselamatan ketika membeli belah.

9. Terbaik adalah minta anak-anak membawa beg kitar semula.  

10. Anda boleh ajak anak membeli belah dengan tabungan mereka - ajari mereka nilai tanggungjawab sedari kecil. Mereka boleh membeli barangan dengan tujuan sedekah, membeli barangan dapur untuk ibu atau membeli barang keperluan diri sendiri.

Gambar : Aktiviti membeli anak-anak Tadika Cerdas Minda Bukit Damansara bersama guru-guru.



No comments:

Post a Comment