Saturday 7 May 2016

7 Tips Anak PILIH HIDUP SIHAT (Pemakanan)

Sumber Internet
Sharing is caring: Parenting book ‘Secret of the world's Healthiest Children: Why Japanese children have the longest and healthiest lives and How Yours can too.
Naomi Moriyama & William Doyle

Anak-anak yang lahir di Jepun hari ini terpilih ditempat pertama sebagai anak-anak yang mempunyai jangka hayat lebih sihat berbanding anak-anak dari negara lain di dunia (The Lancet, jurnal perubatan dalam analisis globalnya). Kajian diterbitkan pada tahun 2012 yang mengkaji 187 buah negara termasuk UK.

Buku ini menyajikan kajian, pendapat dan pemerhatian dan cara hidup dan pemakanan yang dipraktikan oleh anak-anak Jepun. Ok jom intai apa yang dibincangkan..

Rahsia memupuk dan mempraktikan amalan hidup sihat dan terbaik untuk anak sedari kecil.
(Untuk pengetahuan semua, perkongsian ini diberi berdasarkan kefahaman, pendapat peribadi dan pengalaman saya dari pembacaan dan mempraktikan amalan dari buku tersebut)

1. Tukar menu anda kepada MENU SIHAT
Jika dulu peti ais dan pantry anda penuh dengan makanan siap goreng, jajan, makanan segera. Sila tukar kepada snak dan makanan yang sihat seperti banyakkan buah-buahan dan sayur- sayuran. Tukar kepada beras perang. Masak sendiri berbanding makan di luar. Anda mampu mengawal penggunaan gula dan garam dalam masakan yang dimasak sendiri.

2. Bantu dan motivasi anak untuk MENCUBA MAKANAN BARU.
Mencuba pelbagai jenis sayuran dan buah buahan. Hidang makanan baru dengan cantik dan dalam potongan kecil. Berikan anak cuba makanan tersebut bersama anda (mak ayah pun kena makan sekali)

Berikan sticker sebagai motivasi dan apabila mereka berjaya makan walaupun dalam potongan terkecil. Stickers bermaknabagi anak-anak apabila dikumpulkan dan dipamirkan. Beri mereka hadiah atas kumpulan sticker tersebut.


3. Rahsia pinggan kecil
Hidang makanan dalam pinggan yang kecil tetapi cukup dengan sayuran dan buah-buahan.  Anak-anak tidak terasa makanan terlalu banyak untuk dihabiskan terutama bagi anak-anak yang baru membiasakan diri dengan sayuran dan buah-buahan.  

Pengalaman saya sendiri: Kanak-kanak tadika saya diberi makanan yang seimbang dan setiap hari ada potongan buah-buahan dan sayuran pelbagai jenis. Mereka diberikan dalam hidangan kecil bersama makanan lain. Alhamduulillah, setakat ini, kami mendapat feedback yang bagus dari ibubapa mereka, dimana anak-anak mereka telah mula suka dan minta sayur di rumah. Mereka juga diajar makan sehingga licin dan tidak membuang makanan sedari kecil. 

Sumber Japan Info

4. Hidupkan suasana HIDUP SIHAT dirumah
Ibubapa adalah TELADAN bagi anak-anak untuk SUKA menu sihat. Anak-anak mudah mengikut dan akan meniru apa sahaja yang mereka hidup dan membesar dengannya. Jadikan amalan dan suasana hidup sihat di rumah satu kewajiban. Jadualkan makan bersama untuk satu waktu tertentu secara konsisten. Makan sayur dan buah-buahan bersama mereka. Libatkan anak-anak dengan makanan dengan bawa mereka ke pasar, memilih bahan makanan, membersihkan sayuran dan buah-buahan, serta memasak. 

Selain itu, ajari anak menanam makanannya juga adalah salah satu cara amalan hidup sihat. Mereka akan lebih dekat dan memahami mengapa mereka perlu makan makanan yang baik untuk membesar dengan sihat. 


5. Anda adalah PENENTU GAYA HIDUP SIHAT anak.
Bertindaklah sebagai ibubapa yang sentiasa memberi dorongan dan motivasi untuk anak mengamalkan hidup sihat. Sentiasa berbual dan berkongsi dengan mereka akan kebaikannya. Berbincang dan menyediakan menu bersama.  Ini bukan hanya membantu mereka faham dan sedar akan kebaikan amalan hidup sihat. Mereka akan rasa dihargai dan diberi kepercayaan untuk turut sama dalam acara sihat ini. 

6.  Libatkan anak dalam AKTIVITI FIZIKAL HARIAN secara konsisten.
  Pemakanan sihat sahaja tidak cukup untuk meningkatkan kesedaran amalan gaya hidup sihat. Anak-anak Jepun diajar untuk aktif berjalan dan menjalankan aktiviti fizikal yang aktif selama 60 minit setiap hari. Aktiviti fizikal harian yang aktif seperti membuat sesuatu aktiviti berjadual dan konsisten sangat baik untuk perkembangan fizikal mereka secara total. 

Ajak anak-anak anda terlibat secara aktif dan konsisten dalam aktiviti yang melibatkan fizikal selama 60 minit setiap hari. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah gotong royong mengemas dan membersihkan rumah, berjoging di taman yang berhampiran , acara menanam sayuran dan menjaga tanaman., menunggang basikal dan mengelilingi taman, dan sebagainya. 

Solat berjemaah juga salah satu aktiviti fizikal yang sangat bagus.

7. BERBAHAGIA DENGAN AMALAN PEMAKANAN DAN HIDUP SIHAT.
Mengamalkan makanan berkhasiat sebagai satu cara hidup bukan satu perkara yang sangat mudah dalam era iklan makanan segera terlalu banyak di kacaTV. Justeru, anda sebagai ibubapa harus dahulu berasa bahagia untuk benar-benar memilih yang terbaik untuk anak. 

Kepelbagaian menu dan  sentiasa mencari cara dan kaedah untuk anak dan anda sendiri untuk rasa seronok dengan amalan sihat harus diberi keutamaan. Mulakan dengan mesra tetapi tegas dan konsisten kerana anda mahu yang terbaik untuk diri dan anak. In sha Allah, gaya hidup sihat akan menjadi satu rutin yang seronok dilakukan dan bukan satu bebanan. 

Membaca, mengkaji dan meneroka ilmu adalah salah satu tugasan penting dan WAJIB bagi pendidik.
Percaya atau tidak... mendidik anak seawal usia bukan perkara yang mudah, boleh diambil mudah dan dilakukan secara sambil lewa; menganggap anak masih kecil dan tak faham apa-apa. Oleh itu, diharap anda mendapat manfaat dan sudah mula menyusun strategi untuk hidup sihat secara aktif dan konsisten bersama anak anda.

Selamat beramal dan semoga berjaya mendidik anak anda memilih gaya hidup sihat apabila dewasa kelak.

 Love: Teacher Mona




No comments:

Post a Comment