Anak-anak
suka bercakap dan berkongsi cerita. Berlari-lari pula adalah senaman ringan
bagi mereka di dalam kelas. Kelas akan menjadi kelam kabut apabila anak-anak
mula bertindak cergas berlari ke sana sini. Ditambah aksi bercerita dan ada
yang suka mencuit kawan-kawan.
Guru
mula menggeleng-gelengkan kepala sambil menggaru kepala yang tidak berkutu. Ada
yang mula menjerit sehingga suara mula menghilang. Ada yang mengugut tetapi
tiada kesan ‘sampingan’. Anak-anak telah kebal seperti ada benteng superhero di
telinga masing-masing.
Apa
agaknya tindakan yang boleh anda lakukan? Usah panik dan marah-marah.
Meninggikan suara juga tidak sekali. Jom cuba TIGA teknik mudahnya kawal kelas
gaya Nabi SAW.
Teknik 1: Teknik Memek Muka
Sewaktu
kelas anda huru hara, dengan anak-anak yang bising dan berlari dalam kelas. Apa
yang perlu anda lakukan adalah menunjukkan ekspresi muka yang tidak suka dengan
keadaan tersebut. Selepas itu, terus bawa anak-anak yang berlari ke tempat
duduk masing-masing. Anak-anak yang bising pula, anda perlu memandang wajah
mereka dengan memek muka kurang senang dan mereka akhirnya akan sedar memek
muka anda. Pastikan mereka nampak wajah anda.
Anda
tidak perlu menjerit, marah-marah dan membebel. Seterusnya, terus memberi
arahan dengan berkata, “Semua anak-anak duduk di tempat masing-masing dan
tangan letak di atas meja’, (Arahan diberi sambil menunjukkan cara letak tangan
di atas meja).
Teknik 2: Teknik Memuji
Pastikan
mata anda seperti ‘laser beam’ Superman. Anda perlu cari sebab untuk memuji
anak-anak. Puji anak-anak yang duduk dengan baik, puji juga anak-anak yang
cepat duduk di tempat masing-masing.
Skrip
Memuji 1:“Subhanallah! Seronoknya hati teacher tengok Aiman duduk tegak macam
askar.”
Skrip
Memuji 2: Cikgu sangat suka bila Akmal cepat-cepat duduk. Macam Flash! Hebat.
*Pujilah
anak-anak tanpa menyebut perbuatan mereka yang tidak anda sukai.
*Puji
anak dengan segera ketika perbuatan yang baik ditunjukkan.
Anak-anak
kecil sukakan perhatian dan sokongan ketika membuat sesuatu. Pujian dan dorongan
itu akan menguatkan mereka untuk terus mengulangi perbuatan yang baik.
Teknik 3: Teknik Arahan
Anak-anak
memerlukan arahan mengikuti dan mentaati peraturan kelas. Walaupun anda pernah
memberitahu peraturan kelas kepada anak-anak. Namun, mereka
masih tidak boleh mematuhi peraturan yang telah kamu ulang suara.
Mungkin anda perlu menukar cara anda menyampaikan arahan tersebut.
Sila
ikut teknik arahan ini:
1.
Pastikan semua anak-anak berdiri dan angkat tangan kanan ketika arahan
diberikan
2.
Pastikan arahan anda pendek dan hanya tiga arahan sahaja dalam satu masa.
3. Terangkan sebab anda memberi arahan tersebut. Ingat sebab – sebab arahan perlu
ringkas
dan mudah difahami.
dan mudah difahami.
Contoh:
-
Beratur lurus sebelum masuk kelas
-
Duduk tempat masing-masing
-
Pandang cikgu dan senyum
Mahu
lagi tips?
Sila SHARE TIPS ini bantu bantu ramai ibubapa dan guru-guru mudah mengawal
kelas, mudah memberi arahan supaya anak mudah ikut dengan gaya Nabi yang sesuai
zaman berzaman.
No comments:
Post a Comment