Seekor musang perang sedang bersembunyi di sebalik pokok-pokok hijau yang rimbun. Matanya
bersinar memandang ke arah seekor ayam yang sedang sibuk menguis mencari
makanan. Cacing dan ulat berjaya dicari. Wah! seronoknya si ayam.
Si musang perang tersenyum dan berkata-kata di dalam hati. "Ha, ha,
ha... nampaknya si ayam sibuk mencari makanan. Tentu dia tidak tahu aku
bersembunyi disini", gelak sembunyi si musang perang.
"Tapi.. aku tak mahu mengejutkan si ayam itu selepas percubaan semalam tidak berjaya.
Ha!, mungkin aku perlu melompat dan menerkam si ayam?... oh tidak, nanti si ayam terkejut.
Mungkin aku boleh ucap salam berkenalan dan memeluk si ayam dengan kuat..
Atau... aku keluar dari rimbunan pokok ini sambil menari-nari dan bila
sudah dekat dengan si ayam. Aku akan menangkap si ayam. Sedapnya
hidangan sarapan pagi aku. Ha, ha, ha,", angan si musang sambil tertawa
kecil.
Hei kawan! Apa yang sedang kamu fikirkan sambil tergelak-gelak tu? Tentu kamu mahu melompat dan menerkam aku kan? Kata si ayam dengan kuat.
Si musang perang terkejut. Dia terus tertawa sambil berkata " Oh, tidak.. aku hanya mahu berkawan dengan kamu si ayam. Bolehkah kita berkawan!", jerit si musang sambil tersenyum ramah.Tetapi senyuman si musang perang hanya menakutkan si ayam kerana di sebalik senyuman itu... ada gigi- gigi yang tajam.
Si ayam mengeleng-gelengkan kepalanya dan terus berlari dengan lajunya. Si musang cuba mengejar si ayam tetapi tidak berjaya.Si musang menyesal kerana banyak berangan-angan.
Nota:
- Berceritalah kepada anak-anak dengan menggunakan props seperti gambar, puppets, anak patung, dan sebagainya.
- Lakukankan penceritaan dengan gaya, mimik muka, suara yang pelbagai dan ceria.
- Anak- anak tentu suka mendengar cerita anda. Apabila anak boleh bertanya dan menjawab soalan tentang cerita.
- Anda telah berjaya melatih anak untuk fokus dan mendengar kata- kata anda.
No comments:
Post a Comment