Jika inginkan kanak-kanak berjiwa halus dan berkasih sayang,
banyakkan bercerita kisah-kisah teladan seperti kisah nabi dan para
sahabat. Cerita sebegini mampu menyuburkan emosi yang penuh dengan cinta
dan kasih sayang. Selain itu, cara yang terbaik bagi menyuburkan
semangat membaca di kalangan kanak-kanak ialah melalui cerita.
Kanak-kanak akan meminta guru atau ibu bapa membacakan cerita yang sama
berulang kali jika mereka menyukai cerita tersebut.
1. Pilih buku cerita yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
2. Kuasai jalan penceritaan supaya sesi bercerita dapat dijalankan dengan lancar.
3. Pilih kosa kata yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
4. Gunakan pelbagai nada suara ketika bercerita.
5. Bijak mengawal keadaan ketika sesi penceritaan dijalankan.
6. Tanyakan soalan di akhir cerita untuk uji kefahaman.
Ibu bapa atau guru harus bijak mengadun cerita dengan pelbagai
intonasi suara, mimik muka dan mampu memainkan ekspresi muka ketika
bercerita. Bahasa badan, intonasi suara dan mimik muka penting bagi
menarik perhatian kanak-kanak untuk terus mendengar cerita. Aktiviti
selepas sesi bercerita penting kerana ia mampu menguji sejauh mana
kanak-kanak faham dengan cerita tersebut,
Oleh itu, kanak-kanak perlu didedahkan dengan cerita yang mempunyai
kisah teladan dan kaya dengan kosa kata yang pelbagai dan sesuai dengan
peringkat usia mereka. Kanak-kanak yang minat mendengar cerita akan menguasai salah satu
kemahiran membaca yang terpenting iaitu kemahiran mendengar.
Bukan mudah
untuk menarik minat kanak-kanak untuk terus mendengar cerita dalam
keadaan senyap dan penuh perhatian. Ini kerana kanak-kanak mempunyai
daya fokus yang rendah dan tidak suka duduk di satu tempat dalam masa
yang lama.
Semoga tips di atas membantu ibu bapa atau guru untuk terus
bercerita kepada kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment