Ramai pengusaha mengeluh dan ada juga bakal pengusaha tadika sudah mula resah gelisah kerana tadika masih tidak mempunyai sistem dalam menguruskan operasi harian tadika. Ini menyebabkan banyak masalah timbul dan yang paling malang bisnes tadika semakin sempit dan terhimpit. 3 sebab utama mengapa anda memerluka sistem pengurusan tadika SOP yang cekap dan sistematik.
1. Pengusaha ada sepanjang masa
Tugas
hakiki seorang pengusaha tadika bukan sebagai tukang masak dan menjadi tenaga
pengajar semata-mata. Pengusaha seharusnya bijak mengatur startegi bagi
memastikan bisnes terus berkembang dan terurus walaupun pengusaha tiada di
premis sepanjang masa. Apabila pengusaha terpaksa berada di premis sepanjang
masa malah terpaksa memasak dan ada masanya mengajar di kelas. Ini adalah petanda
bisnes akan lambat berkembang dan bermasalah. Dengan adanya sistem pengurusan
SOP tadika. Pengusaha bukan sahaja mampu mengembangkan bisnes dan mampu melatih
tenaga kerja yang efisyen malah berjaya membuka dan menguruskan lebih banyak
cawangan-cawangan yang lain.
2. Murid semakin berkurang
Dalam
bisnes tadika, lazimnya pada tahun kedua peningkatan jumlah murid adalah
sehingga 4 - 5 kali ganda dari jumlah sedia ada. Namun, jika pada tahun kedua,
jumlah tadika masih di tahap yang sama atau berkurang. Ini adalah petanda
bisnes anda tidak sihat dan kemungkinan besar akan mengalami kemerosotan murid
sehingga terpaksa menutup premis adalah besar. Sistem pengurusan SOP tadika
membolehkan pengusaha menguruskan pengurusan harian dengan cekap dan membolehkan
pengusaha fokus kepada pemasaran tadika.
Masalah
guru sering bertukar berganti dan tidak cukup guru mencerminkan bisnes tadika
tidak stabil. Kepercayaan ibubapa mudah tergugat kerana bukan senang anak-anak
mereka menerima kehadiran guru baru setelah rasa selamat dan seronok belajar
dengan guru lama. Tambahan, pengusaha juga terpaksa berkorban wang ringgit dan
masa bagi melatih guru-guru baru. Sistem pengurusan SOP guru cekap
membolehkan pengusaha mengembangkan bisnes dan menguruskan bisnes dengan mudah
walaupun tanpa staff. disaat tadika mengalami cabaran kekurangan guru,
pelatihan guru baru dan cabaran guru bermasalah.
Jika
pengusaha dan bakal pengusaha mahukan pengurusan bisnes yang cekap, bersistem
dan menjimatkan masa dan wang ringgit. Mulakan sekarang untuk membina sistem
pengurusan tadika yang bersistem dan boleh digunapakai di tadika anda sepanjang
masa.
Semoga
berjaya menguruskan bisnes anda dengan cekap dan mampu meraih keuntungan
berganda. In sha Allah.
*
Hubungi Teacher Mona untuk bantuan lanjut. 011- 32902736