Sunday 28 August 2016

3 SEBAB TADIKA ANDA MEMERLUKAN SISTEM PENGURUSAN TADIKA (SOP)


Ramai pengusaha mengeluh dan ada juga bakal pengusaha tadika sudah mula resah gelisah kerana tadika masih tidak mempunyai sistem dalam menguruskan operasi harian tadika. Ini menyebabkan banyak masalah timbul dan yang paling malang bisnes tadika semakin sempit dan terhimpit. 3 sebab utama mengapa anda memerluka sistem pengurusan tadika SOP yang cekap dan sistematik. 


  1. Pengusaha ada sepanjang masa
Tugas hakiki seorang pengusaha tadika bukan sebagai tukang masak dan menjadi tenaga pengajar semata-mata. Pengusaha seharusnya bijak mengatur startegi bagi memastikan bisnes terus berkembang dan terurus walaupun pengusaha tiada di premis sepanjang masa. Apabila pengusaha terpaksa berada di premis sepanjang masa malah terpaksa memasak dan ada masanya mengajar di kelas. Ini adalah petanda bisnes akan lambat berkembang dan bermasalah. Dengan adanya sistem pengurusan SOP tadika. Pengusaha bukan sahaja mampu mengembangkan bisnes dan mampu melatih tenaga kerja yang efisyen malah berjaya membuka dan menguruskan lebih banyak cawangan-cawangan yang lain. 

2. Murid semakin berkurang
Dalam bisnes tadika, lazimnya pada tahun kedua peningkatan jumlah murid adalah sehingga 4 - 5 kali ganda dari jumlah sedia ada. Namun, jika pada tahun kedua, jumlah tadika masih di tahap yang sama atau berkurang. Ini adalah petanda bisnes anda tidak sihat dan kemungkinan besar akan mengalami kemerosotan murid sehingga terpaksa menutup premis adalah besar. Sistem pengurusan SOP tadika membolehkan pengusaha menguruskan pengurusan harian dengan cekap dan membolehkan pengusaha fokus kepada pemasaran tadika. 

3. Masalah guru bertukar ganti
Masalah guru sering bertukar berganti dan tidak cukup guru mencerminkan bisnes tadika tidak stabil. Kepercayaan ibubapa mudah tergugat kerana bukan senang anak-anak mereka menerima kehadiran guru baru setelah rasa selamat dan seronok belajar dengan guru lama. Tambahan, pengusaha juga terpaksa berkorban wang ringgit dan masa bagi melatih guru-guru baru.  Sistem pengurusan SOP guru cekap membolehkan pengusaha mengembangkan bisnes dan menguruskan bisnes dengan mudah walaupun tanpa staff. disaat tadika mengalami cabaran kekurangan guru, pelatihan guru baru dan cabaran guru bermasalah. 

Jika pengusaha dan bakal pengusaha mahukan pengurusan bisnes yang cekap, bersistem dan menjimatkan masa dan wang ringgit. Mulakan sekarang untuk membina sistem pengurusan tadika yang bersistem dan boleh digunapakai di tadika anda sepanjang masa. 
Semoga berjaya menguruskan bisnes anda dengan cekap dan mampu meraih keuntungan berganda. In sha Allah.

* Hubungi Teacher Mona untuk bantuan lanjut.  011- 32902736

1 comment: