Wednesday 17 August 2016

3 RAHSIA BISNES TADIKA ANDA UNTUNG BERGANDA




Bisnes tadika yang berjaya mempunyai  perancangan kewangan yang bersistem dan setiap pengurusan kewangan mempunyai SOP pengurusan kewangan yang mudah dan cekap. Ini membolehkan pengusaha memastikan bisnes tadikanya mampu hidup walaupun pada tahun pertama. Tambahan, pengurusan kewangan yang cekap membantu pengusaha mengembangkan bisnes sedia ada. 

Sumber Gambar: Internet
 
Rahsia 1: Branding tadika anda

Pengusaha bisnes tadika untung berganda sentiasa menjaga imej tadikanya agar mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya dengan menjaga kualiti guru, mempunyai program pembelajaran berkesan dan mempunyai nilai yang unik dan memenuhi kehendak pasaran kini. Mereka faham bahawa Imej tadika adalah brand yang dibawa oleh bisnes kita. Nama baik tadika adalah brand yang dibawa oleh bisnes anda.


Rahsia 2: Pengurusan kewangan cekap dan bersistem

Pengurusan kewangan yang berjaya boleh dikenalpasti apabila lebih banyak duit masuk berbanding duit keluar.  Pengusaha bijak menggunakan teknologi bagi memudahkan sistem pengurusan kewangan secara harian, bulanan dan tahunan. Pengusaha juga mempunyai SOP kewangan yang mudah dan cekap bagi menguruskan duit masuk dan keluar dengan sistematik. Gaya mengutip hutang yang efektif serta teknik mengelak kos melepas juga dijalankan dengan efektif.

Rahsia 3: Ber’sifu’ meningkatkan ilmu

Pengusaha bisnes tadika untung berganda juga mempunyai mentor dan tidak kedekut melabur duit bagi ilmu bisnes yang pastinya mampu memberi ledakan keuntungan walaupun masih baru dalam dunia pendidikan. Mereka sedar bahawa ilmu bisnes harus mengikut kehendak pasaran terkini dan imej bisnes perlu ditingkatkan seawall perniagaan. Ini membantu pengusaha membina banyak referral bagi bisnes tadika mereka.

Bagi pengusaha lama dan masih lagi hidup ‘cukup makan’ pastinya mahukan perubahan. Sama bila mahu bisnes tadika yang hanya cukup-cukup makan dan akhirnya terpaksa menutup periuk dek kerana tidak mampu lagi bersaing dengan bisnes tadika yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Mahu lagi tips?

Sila SHARE TIPS ini bantu bantu lebih ramai pengusaha bisnes tadika. Kita mahu berjaya bersama-sama. Bersaing sihat.


Penulis : Teacher Monalisa Harun Chong



No comments:

Post a Comment