|
Sumber Internet |
Sharing is caring: Parenting book
‘Secret of the world's Healthiest Children: Why Japanese children have
the longest and healthiest lives and How Yours can too.’
Naomi Moriyama & William Doyle
Anak-anak yang lahir di Jepun hari ini terpilih ditempat pertama sebagai anak-anak yang mempunyai jangka hayat lebih sihat berbanding anak-anak dari negara lain di dunia (The Lancet, jurnal perubatan dalam analisis globalnya). Kajian diterbitkan pada tahun 2012 yang mengkaji 187 buah negara termasuk UK.
Buku ini menyajikan kajian, pendapat dan
pemerhatian dan cara hidup dan pemakanan yang dipraktikan oleh anak-anak Jepun. Ok jom intai apa yang dibincangkan..
Rahsia memupuk dan mempraktikan amalan hidup sihat dan terbaik untuk anak
sedari kecil.
(Untuk pengetahuan semua, perkongsian ini diberi berdasarkan kefahaman,
pendapat peribadi dan pengalaman saya dari pembacaan dan mempraktikan amalan
dari buku tersebut)
1. Tukar menu anda kepada
MENU SIHAT
☆
Jika dulu peti ais dan pantry anda penuh dengan makanan siap goreng, jajan,
makanan segera. Sila tukar kepada snak dan makanan yang sihat seperti banyakkan
buah-buahan dan sayur- sayuran. Tukar kepada beras perang. Masak sendiri
berbanding makan di luar. Anda mampu mengawal penggunaan gula dan garam dalam
masakan yang dimasak sendiri.
2. Bantu dan motivasi anak untuk
MENCUBA
MAKANAN BARU.
☆Mencuba
pelbagai jenis sayuran dan buah buahan. Hidang makanan baru dengan cantik dan
dalam potongan kecil. Berikan anak cuba makanan tersebut bersama anda (mak ayah
pun kena makan sekali)
Berikan
sticker sebagai motivasi
dan apabila mereka berjaya makan walaupun dalam potongan terkecil. Stickers
bermaknabagi anak-anak apabila dikumpulkan dan dipamirkan. Beri mereka hadiah
atas kumpulan
sticker tersebut.
3.
Rahsia pinggan kecil
☆Hidang
makanan dalam pinggan yang kecil tetapi cukup dengan sayuran dan buah-buahan.
Anak-anak tidak terasa makanan terlalu banyak
untuk dihabiskan terutama bagi anak-anak yang baru membiasakan diri dengan
sayuran dan buah-buahan.
Pengalaman
saya sendiri: Kanak-kanak tadika saya diberi makanan yang seimbang dan
setiap hari ada potongan buah-buahan dan sayuran pelbagai jenis. Mereka
diberikan dalam hidangan kecil bersama makanan lain. Alhamduulillah, setakat
ini, kami mendapat feedback yang bagus dari ibubapa mereka, dimana anak-anak
mereka telah mula suka dan minta sayur di rumah. Mereka juga diajar makan
sehingga licin dan tidak membuang makanan sedari kecil.
|
Sumber Japan Info |
4. Hidupkan
suasana HIDUP SIHAT dirumah
☆Ibubapa adalah TELADAN bagi
anak-anak untuk SUKA menu sihat. Anak-anak mudah mengikut dan akan meniru
apa sahaja yang mereka hidup dan membesar dengannya. Jadikan amalan dan suasana
hidup sihat di rumah satu kewajiban. Jadualkan makan bersama untuk satu waktu
tertentu secara konsisten. Makan sayur dan buah-buahan bersama mereka. Libatkan
anak-anak dengan makanan dengan bawa mereka ke pasar, memilih bahan makanan,
membersihkan sayuran dan buah-buahan, serta memasak.
Selain
itu, ajari anak menanam makanannya juga adalah salah satu cara amalan hidup
sihat. Mereka akan lebih dekat dan memahami mengapa mereka perlu makan
makanan yang baik untuk membesar dengan sihat.
5. Anda adalah
PENENTU
GAYA HIDUP SIHAT anak.
☆Bertindaklah
sebagai ibubapa yang sentiasa memberi dorongan dan motivasi untuk anak
mengamalkan hidup sihat. Sentiasa berbual dan berkongsi dengan mereka akan
kebaikannya. Berbincang dan menyediakan menu bersama. Ini
bukan hanya membantu mereka faham dan sedar akan kebaikan amalan hidup sihat.
Mereka akan rasa dihargai dan diberi kepercayaan untuk turut sama dalam acara
sihat ini.
6.
Libatkan anak dalam
AKTIVITI FIZIKAL HARIAN secara konsisten.
☆ Pemakanan sihat sahaja tidak cukup untuk meningkatkan kesedaran amalan gaya hidup sihat. Anak-anak Jepun diajar untuk aktif berjalan dan menjalankan aktiviti fizikal yang aktif selama 60 minit setiap hari. Aktiviti fizikal harian yang aktif seperti membuat sesuatu aktiviti berjadual dan konsisten sangat baik untuk perkembangan fizikal mereka secara total.
Ajak
anak-anak anda terlibat secara aktif dan konsisten dalam aktiviti yang
melibatkan fizikal selama 60 minit setiap hari. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah gotong royong mengemas dan
membersihkan rumah, berjoging di taman yang berhampiran , acara menanam sayuran
dan menjaga tanaman., menunggang basikal dan mengelilingi taman, dan
sebagainya.
Solat berjemaah juga salah satu aktiviti fizikal yang sangat bagus.
7. BERBAHAGIA DENGAN AMALAN PEMAKANAN DAN HIDUP SIHAT.
☆Mengamalkan makanan berkhasiat sebagai
satu cara hidup bukan satu perkara yang sangat mudah dalam era iklan makanan
segera terlalu banyak di kacaTV. Justeru, anda sebagai ibubapa harus dahulu berasa
bahagia untuk benar-benar memilih yang terbaik untuk anak.
Kepelbagaian
menu dan sentiasa mencari cara dan
kaedah untuk anak dan anda sendiri untuk rasa seronok dengan amalan sihat harus diberi keutamaan.
Mulakan dengan mesra tetapi tegas dan
konsisten kerana anda mahu yang terbaik untuk diri dan anak. In sha Allah, gaya
hidup sihat akan menjadi satu rutin yang seronok dilakukan dan bukan satu
bebanan.
Membaca, mengkaji dan meneroka ilmu adalah salah
satu tugasan penting dan WAJIB bagi pendidik.
Percaya atau tidak... mendidik anak seawal usia
bukan perkara yang mudah, boleh diambil mudah dan dilakukan secara sambil lewa;
menganggap anak masih kecil dan tak faham apa-apa. Oleh itu, diharap anda mendapat manfaat dan sudah mula menyusun strategi untuk hidup sihat secara aktif dan konsisten bersama anak anda.
Selamat beramal dan semoga berjaya mendidik anak anda memilih gaya hidup sihat apabila dewasa kelak.
Love: Teacher Mona