10 tips dan teknik anak dengar cakap tanpa perlu menjerit dan dijerit.
Mengapa menjerit? Alasannya, jeritan akan membuat anak berasa takut dan ikut arahan yang diminta.Ada juga menjadikan jeritan sebagai salah satu cara untuk memastikan
anak ikut suruhan dengan cepat terutama ketika keadaan menjadi kelam
kabut di awal pagi.
Amalkan tips
dan teknik ini dan anda tidak perlu menjerit dan dijerit. Teknik ini
perlu dilakukan secara konsisten dan jadikan ia sebagai
amalan seumur hidup. In sha Allah akan berhasil jika anda benar-benar
mahukan perubahan ini.
Terima kasih dan maafkan saya.
1. Rutinkan ucapan terima kasih dan
maafkan saya sebagai ucapan harian yang wajib ada di rumah atau di
sekolah. Ucapan ini melatih anak untuk rasa dihargai dan menghargai.
Tenang dan kawal
2. Bertenang, bertenang dan bertenang walaupun keadaan kelam kabut.
kanak-kanak adalah pemerhati terbaik dan mereka akan lihat dan ikut
bagaimana anda urus diri anda ketika waktu tenang atau waktu kelam
kabut. Ketika anda mulai rasa kelam kabut, ambil masa 10 saat untuk
bernafas dengan baik dan bertenang. Kawal emosi anda dan anda akan lihat keadaan menjadi tenang dan terkawal. Katakan "Semuanya terkawal dan saya amat tenang sekali".
Suara lembut dan sopan
3. Ajari anak
menggunakan suara lembut dan sopan. Tunjukkan melalui teladan.
Anak-anak perlu diajar cara bercakap dalam keadaan suara yang lembut
dan sopan. Guru terbaik adalah anda. Jika anda mahu anak bercakap dengan
suara yang lembut dan sopan. Anda juga perlu berbuat demikian. Hasilnya
anda tidak perlu menjerit dan dijerit oleh anak-anak.
Teknik bisikan
4. Anda boleh menggunakan teknik bisikan apabila ingin meminta anak anda lakukan sesuatu. Dengan bisikan, anak anda akan lebih peka dan teruja untuk melakukan aktiviti yang anda inginkan. Lakukan ia seperti permainan. Contohnya: Dalam nada berbisik " Aiman... tolong mama simpan baju dan seluar biru dalam almari"/ "Siapa boleh tolong mama simpan semua mainan paling pantas dalam kotak...satu. dua. tiga"
Pandangan mata
5. Pandang mata dan tunduk ketika bercakap dengan anak. Apabila bercakap
atau memberi arahan kepada anak-anak. Pastikan anda memandang mata
mereka dengan pandangan kasih dan sayang dan tundukkan sedikit badan
atau duduk sedikit supaya anak tidak perlu mendongak ketika bercakap
dengan anda.
Cara ini membantu anak menerima arahan anda dengan jelas
dan sepenuh perhatian. Cara ini juga perlu digunakan ketika anak anda
berbual dengan anda. Memberi sepenuh perhatian ketika anda atau anak
sedang bercakap mendidik anak secara tidak langsung untuk memberi
perhatian tanpa perlu menjerit.
Kaedah beri arahan anak lelaki dan perempuan
6. Kaedah beri arahan kepada
anak lelaki dan perempuan tidak sama. Otak anak lelaki adalah monotrek
bermaksud otak anak lelaki fokus pada satu perkara dalam satu masa. Ini
bermakna, anak lelaki perlu diberi satu arahan dalam satu masa. Selepas
anak menyelesaikan tugasan tersebut, barulah ditambah dengan arahan
seterusnya. Cara ini membantu anak untuk faham arahan dengan mudah.
Otak anak perempuan bersifat multitasking. Anda boleh memberi 2 hingga 3 arahan kepada anak perempuan untuk diselesaikan dalam satu masa.Contohnya: : " Sofea, tolong ibu angkat pingan, cawan dan sudu dan letakkan di dalam sinki".
Pasang ayat-ayat Al Quran
Tips 7: Pasang ayat-ayat Al Quran, zikir munajat atau lagu- lagu
bertemakan alam contohnya ' Nature soothing music' untuk meredakan
keadaan yang tidak terkawal. Keadaan rumah atau sekolah yang tidak
terkawal menyebabkan tekanan. Tekanan inilah yang menyebabkan kita akan
menjerit dan dijerit. Adakan satu sesi dalam masa 30 minit - 1 jam
setiap hari secara konsisten untuk bertenang.
Berikan Pujian
Tips 8: Berikan pujian
,
sokongan, kata-kata semangat, pelukan, tepukan atau hadiah berupa
makanan berkhasiat, peralatan tulis atau stickers kepada anak sebagai
hadiah galakan dan motivasi ketika mereka mendengar kata, berjaya
melakukan tugasan yang diminta dan bertutur dengan sopan.
Minta anak ulang arahan
Tips 9: Anak-anak perlukan masa untuk memahami arahan yang diberi. Jadikan ayat suruhan anda ringkas dan sesuai untuk anak selesaikan. Antara cara terbaik untuk memastikan anak faham atau tahu apa yang anda inginkan. Minta anak ulang semula kata-kata anda. Contoh: "Haikal, tolong mama angkat tuala putih dan biru atas lantai" Haikal, tadi mama minta tolong apa?
Tunjukkan caranya
Tips 10: Arahan seperti: kemas bilik, cuci pingan, sapu sampah adalah suruhan yang tidak semua anak faham apa yang dimaksudkan dengan kemas bilik, apa perkara yang perlu anak lakukan untuk dilihat telah mengemas bilik. Tunjukkan caranya apa itu kemas bilik, cuci pingan dan sapu sampah. Walaupun bagi anda perkara-perkara diatas adalah remeh dan anak telah biasa lihat bagaimana anda mengemas. Tunjukkanlah caranya agar anak lebih faham tugasan-tugasan yang dibeikan.
Anda adalah contoh utama dan pertama yang akan diikuti oleh
anak-anak. Perbuatan dan perbualan anda perlu seiring dan sejalan dengan
apa yang anda mahukan dari anak-anak. Jika mahu anak mendengar kata
tanpa menjerit dan dijerit, berbuallah dan bertindaklah dengan tenang
dan konsisten.
"What you give, you get back"
Selamat mencuba dan semoga tips dan teknik ini membantu anda dan anak anda.
Sayang Teacher Mona June 2015