Friday 26 June 2015

Amalan 5 sayuran dan buah-buahan setiap hari.


Pemakanan sihat bermula dari bayi dan diteruskan sehingga usia kritikal iaitu usia prasekolah. Kanak-kanak yang dibiasakan dengan rutin menu sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari mudah untuk makan makanan tersebut tanpa paksaan.

Amalan pemakanan sihat dirumah berjaya apabila ibubapa berjaya menyediakan 5 jenis sayuran dan buah-buahan untuk dinikmati oleh anak-anak. Pelbagaikan juadah dalam bentuk manisan sihat tanpa gula, snak petang potongan sayuran seperti lobak merah, timun,dan sebagainya, amalan memakan buah-buahan dahulu sebelum makan nasi dan hari makan ulam ulaman.

Jom lakukan aktiviti bertemakan menu sihat bersama anak-anak:

1. Membuat jem buah-buahan tanpa pengawet
2. Masak snek petang bersama
3. Piknik sihat
4. Hari rasa ulam dan herba
5. Jom tanam herba atauUlam
6. Minggu membeli belah sayur-sayuran dan buah-buahan
7. Bedtime story bertemakan sayur-sayuran/buah buahan
8. Hari minum jus buah-buahan dan sayur-sayuran
9. Lawatan ke kebun buah-buahan atau sayur-sayuran
10. Membaca sajak/ menyanyi lagu bertema sayur-sayuran dan buah-buahan



Antara sajak dari buku "Let's Learn about Healthy Eating" by Margaret Collins.

Five a day, five a day
Let's eat five a day
Vegetables, fruits, leaves, stems and roots


Eat to grow healthy
Eat to grow well
Eat for your body
to be sound as a bell.


Five a day, five a day
Let's eat five a day
Vegetables, fruits, leaves, stems and roots 


Lettuce, tomato, cucumber eat quite a few
These are the things that are good for you
cabbage and carrot eat quite a big
These will make you healthy and fit



Amalan pemakanan sihat sukar dibentuk apabila anak-anak telah meningkat remaja. Usah risau kerana anda masih belum terlambat walaupun anak-anak anda telah pun pandai memilih makanan. Usaha masih boleh diteruskan. Terpenting, anda mahu. Kemahuan itu akan menguatkan hasrat anda untuk memulakan rutin menu sihat. Jom sihat!

 Semoga bermanfaat: Sayang Teacher Mona June 2015


 

No comments:

Post a Comment