Friday 26 June 2015

Tips mendidik anak menjadi pemakan makanan sihat.

 Tips dan teknik mendidik anak suka makan makanan sihat.

Bantulah anak anda untuk menjadi seorang pemakan makanan sihat. Ikuti tips-tips dibawah untuk membantu anak-anak sedari kecil.

1. Rancang menu sihat.
Bagi kanak-kanak yang sukar makan makanan-makanan sihat seperti sayuran dan buah-buahan.
Pastikan anda merancang jadual memasak dan menghias makanan bersama kanak-kanak. Kanak-kanak suka dan gemar makan walaupun sedikit hasil masakan mereka. 

2. Jom ke pasar.
Bawa kanak-kanak ke pasar sedari kecil dan perkenalkan mereka dengan kepelbagaian jenis sayuran. Izinkan mereka sentuh, bau, dengar dan rasa makanan-makanan tersebut walaupun dalam kadar sedikit.

3. Makan bersama anak-anak
Makan sayuran dan buah-buahan bersama anak-anak. Walaupun, anda juga tidak makan sayur. Demi untuk mendidik pemakanan sihat dan kesukaan pada makanan-makanan yang baik untuk tubuh dan otak. Anda perlu makan sayur bersama anak-anak. Tunjukkan kepada mereka. Lama-kelamaaan anda akan lihat perubahan yang positif dalam pemakanan anak-anak dan anda.

  4. Cuba resepi baru dan pelbagaikan juadah.
Kanak-kanak juga seperti anda. Mudah berasa jemu dengan makanan dan menu yang sama. Cubalah resepi baru dalam mempelbagaikan sayuran dan buah-buahan. Contohnya, cubalah resepi baru seperti smoothies buahan atau sayuran, hummus buahan atau sayuran selain kacang kuda dan lain-lain.

5. Berkreatif menghias makanan 
Kreativiti menghias makanan membolehkan kanak-kanak belajar seni keindahan, warna dan bentuk secara seronok. Banyak idea yang boleh anda peroleh dengan melihat cara ibu-ibu dari negara Jepun menyediakan makanan iaitu ' Bento' kepada anak-anak mereka. Anda juga boleh dapatkan idea dari penyediaan makanan menarik iaitu food art.

Semoga bermanfaat: Sayang Teacher Mona June 2015


Gambar : Food Art Tadika Cerdas Minda KL





No comments:

Post a Comment