Friday 26 June 2015

Bagaimana ajak anak dengar cerita?

Buku Dibaca, Dunia Diterokai 


Alam cerita adalah alam yang paling menyeronokkan bagi kanak-kanak. Kanak-kanak suka mendengar kisah dan cerita dari ibu bapa atau gurunya.

Kanak-kanak menerokai sesuatu yang baru dan mengukuhkan sesuatu yang telah ada di mindanya dengan cerita. Pemilihan cerita adalah penting kerana setiap cerita mempunyai kesan tertentu yang boleh mengubah tingkah laku atau kepercayaan seseorang.

Jika inginkan kanak-kana berjiwa halus dan berkasih sayang, banyakkan bercerita kisah-kisah teladan seperti kisah nabi dan salafussoleh. Cerita sebegini mampu menyuburkan emosi yang penuh dengan cinta dan kasih sayang. Selain itu, cara yang terbaik bagi menyuburkan semangat membaca di kalangan kanak-kanak ialah melalui cerita.Kanak-kanak akan meminta guru atau ibubapa membacakan cerita yang sama berulang kali jika mereka meyukai cerita tersebut.


Tips dan teknik menarik minat anak mendengar cerita:

1. Pilih buku cerita yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
2. Kuasai jalan penceritaan supaya sesi bercerita dapat dijalankan dengan lancar.
3. Pilih kosa kata yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak
4. Gunakan pelbagai nada suara ketika bercerita.
5. Bijak mengawal keadaan ketika sesi penceritaan dijalankan
6. Tanyakan soalan diakhir cerita untuk uji kefahaman


Guru yang bijak, pandai mengadun cerita dengan pelbagai intonasi suara, memek muka dan mampu memainkan ekspresi muka ketika bercerita.Bahasa badan, intonasi suara dan memek muka penting bagi menarik perhatian kanak-kanak untuk terus mendengar cerita.

Aktiviti selepas sesi bercerita penting kerana ia mampu menguji sejauhmana kanak-kanak faham dengan cerita tersebut,Oleh itu, kanak-kanak perlu didedahkan dengan cerita yang mempunyai kisah teladan dan kaya dengan kosa kata yang pelbagai dan sesuai dengan peringkat usia mereka.

Kanak-kanak yang minat mendengar cerita akan menguasai salah satu kemahiran membaca yang terpenting iaitu kemahiran mendengar.

 Bukan mudah untuk menarik minat kanak-kanak untuk terus mendengar cerita dalam keadaan senyap dan penuh perhatian. Ini kerana kanak-kanak mempunyai daya fokus yang rendah dan tidak suka duduk di satu tempat dalam masa yang lama.

Semoga tips diatas membantu guru dan ibubapa untuk terus bercerita kepada kanak-kanak.

Semoga bermanfaat: Sayang Teacher Mona June 2015


No comments:

Post a Comment