Friday 26 June 2015

Checklist Anak Usia Tatih

Salam Ramadhan

Tentu ramai ibubapa ingin tahu apakah kemahiran yang seharusnya dicapai oleh anak-anak pada usia tatih. Usia tatih adalah lingkungan anak-anak yang berusia seawal 12 bulan sehingga 24 bulan.  

Kanak-kanak pada usia sebegini seharusnya telah menguasai aktiviti-aktiviti yang akan membina kekuatan dan kemahiran motor, penglihatan, pendengaran, kemahiran bahasa dan kognitif, dan kemahiran konsep kendiri.

Jika anak anda masih belum menguasai kemahiran-kemahiran di bawah. Anda perlu bersedia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut sebelum anak menginjak usia 2 tahun. Kanak-kanak pada usia tatih (Toddler) telah membina kemahiran-kemahiran ini jika mereka boleh melakukan aktiviti-aktiviti dibawah:
  
1. Kemahiran motor halus dan kasar, Kemahiran penglihatan dan pendengaran


- Berjalan sendiri
- Berjalan naik dan turun tangga sambil memegang tangan orang yang lebih dewasa
- Memegang dua objek kecil dengan satu tangan
- Melompat setempat
- Menendang bola besar
- Menconteng di atas kertas
- Menyusun tiga hingga enam buah bongkah/ permainan blok
- Mencari objek yang sama warna, bentuk dan saiz
- Memusingkan tombol
- Mengecam orang yang dikenali
- Menoleh ke arah orang yang memanggilnya
- Boleh memahami dan mengikut arahan yang mudah
- Mengenalpasti pelbagai bunyi-bunyian daripada jam, loceng, wisel, bunyi kenderaan, bunyi haiwan, dan sebagainya
- Mengikut arahan yang melipatkan dua langkah.
- Memberi tindakbalas terhadap muzik yang dimainkan dengan seluruh badan
- Menunjuk ke arah yang jauh dan objek-objek menarik yang berada di luar rumah.
- Memasukkan objek ke dalam bekas
- Mengambil mainan dengan menggunakan tali atau ranting kayu.

2. Kemahiran Bahasa dan Kognitif

- Bercakap dengan ekspresi muka
- Mengenalasti gambar yang terdapat dalam buku
- Menggunakan patah perkataan dengan penuh makna
- Menamakan objek apabila ditanya "Ini apa?"
- Menggunakan perkataan sebanyak 20 patah perkataan atau lebih
- Boleh menamakan sekurang-kurangnya 25 objek yang dikenali
- Membuat gerakan atau aksi untuk menyatakan sesuatu diingini
- Menamakan peralatan mainan
- Menggunakan perkataan untuk menyatakan keinginannya
- Menggabungkan dua perkataan yang berbeza
- Mencuba untuk menyanyi
- Bercakap dalam ayat yang mudah
- Mencari objek yang dikenali
- Menunjukkan gambar yang terdapat pada buku
- Mengingati semula di mana letaknya sesuatu objek

3. Kemahiran Konsep kendiri

- Pandai menarik minat orang lain
- Berusaha untuk makan sendiri
- Membahasakan diri sendiri dengan nama
- Cuba membersihkan diri sendiri( Membasuh tangan, mengosok gigi dll)
- Makan menggunakan sudu/tangan
- Minum menggunakan cawan
- Bermain dengan kanak-kanak lain
- Menyatakan sesuatu objek sebagai miliknya
- Menamakan anggota badan anak patung

Perlu diingatkan bahawa setiap anak berbeza dan ada anak yang cepat dan mudah pembinaan kemahirannya dan ada anak yang agak lambat dan memerlukan banyak kesabaran dan tunjuk ajar dari anda.

Apa yang penting berikan anak masa dan kemahiran yang diperlukan mengikut usianya.


 Petikan ilmu dari buku Jackie Silberg

 Semoga bermanfaat: Sayang Teacher Mona June 2015




No comments:

Post a Comment